top of page

POLISI

PEMBELIAN PRODUK KAMI

 

  • Harga yang dipaparkan bagi setiap produk TIDAK termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran yang dikenakan akan dimaklumkan dalam invois pembelian.

  • Sila semak pesanan anda. Sebarang kesalahan pembelian tidak akan ditanggung oleh pihak kami.

  • Sila semak butiran yang dihantar melalui borang pesanan (nama, e-mel, alamat, poskod, no. telefon). Pastikan segala maklumat yang diberikan sah dan tepat bagi mengelakkan kesulitan pada masa akan datang.

  • Setiap pesanan yang kami terima sah untuk tempoh tiga (3) hari dari tarikh pesanan dibuat. Jika tiada pembayaran dibuat dalam tempoh tersebut, pembelian anda akan dibatalkan serta merta. Jika anda dapati pembelian anda terbatal, sila buat pembelian baharu di Katalog Oakheart.

  • Pembelian adalah muktamad. Pemulangan dan penukaran tidak dibenarkan melainkan atas sebab-sebab tertentu dan atas budi bicara pihak Legasi Oakheart.

 

 

PEMBAYARAN

 

  • Invois pembelian (yang mengandungi maklumat pembelian dan cara pembayaran) akan kami e-melkan kepada anda dalam tempoh 48 jam selepas pesanan dibuat.

  • Kami menerima pembayaran dengan cara pemindahan bank (bank transfer), pemindahan atas talian (online banking) dan juga deposit tunai (cash deposit) ke akaun bank kami: CIMB Bank: LEGASI OAKHEART (8600-22-4545)

  • Bagi mengelakkan kesulitan hal-hal pembayaran berbaki, kami menyarankan agar anda memindahkan amaun yang tepat ke dalam akaun kami. Walau bagaimanapun, jika terdapat lebihan/baki, kami akan memulangkannya dalam penghantaran yang akan dibuat.

  • Sila hantarkan bukti pembelian anda kepada kami dalam bentuk lampiran (slip ATM yang diimbas atau difotokan/screen shot pemindahan atas talian) ke e-mel kami di legasioakheart@gmail.com

 

 

PENGHANTARAN

 

  • Barang pembelian akan dihantar kepada anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja (Isnin-Jumaat) selepas bukti pembayaran dijelaskan kepada pihak kami.

  • Sekiranya barang yang diterima rosak, sila kemukakan aduan kepada kami selewat-lewatnya 7 hari daripada tarikh terima. Aduan yang dilakukan selepas jangka masa ini tidak akan dilayan. Kos penghantaran tambahan ditanggung bersama.

  • Sila maklumkan kepada kami sekiranya anda masih tidak menerima barang yang dipesan setelah lebih dari 2 minggu selepas pembayaran dibuat.

  • Duti kastam atau cukai bagi pembeli dari luar Malaysia adalah tertakluk kepada apa yang dipraktikkan oleh negara masing-masing. Kos tersebut ditanggung oleh pembeli.

     

     

     

     

     

     

     

     

     

bottom of page