[RESENSI BUKU] SARELGAZ : DONGENG YANG TIDAK ADA SATU PUN SIA-SIA
Hujung Mei, saya temukan sebuah kumpulan cerpen yang menawan hati pada waktu membacanya di muka surat yang pertama. Seawal muka surat pertama itulah yang membuatkan saya memutuskan untuk terus membacaSARELGAZ yang ditulis oleh Sungging Raga, penulis kelahiran Jawa Timur yang seusia saya.
Keseluruhan kumpulan cerpen ini memberikan kesan tersendiri untuk setiap cerita. Misalnya cerpen Nehalenia, iaitu kisah cinta Chiodos yang putus cinta dengan Nalea atas sebab kehendak orang tua yang mahukan Nalea mengahwini jejaka pilihan mereka. Kemudian Chidos dirapati oleh Nehalenia kekasihnya dari dunia hantu, dan putus lagi atas sebab yang sama. Chiodos jadi merungut sendiri, apakah dia harus akur pada cinta jalur novel picisan berkali-kali? Sehingga akhir cerita, dia dirapati pula oleh Buaya, kekasihnya dari dunia binatang. Jadi cinta yang sejati seharusnya datang dari dunia yang mana? Pada saya tentulah cinta yang datang dari Tuhan. It's very interesting on how Sungging wrote this story. Ia bukan sekadar cerita tetapi memiliki falsafahnya yang tersendiri.
Trigonometri yang menjadi kulit penceritaan Hipotenusa
Disebabkan Sungging Raga, menurut pengenalan penulis di belakang buku ini, adalah seorang graduan jurusan Matematik, kumpulan cerpennya ternyata tidak lari dari ilmu yang dipelajarinya itu. Cerpen Hipotenusamemberikan suatu impak peribadi kepada saya apabila saya mencari tujuan Sungging menggunakan konsep trigonometri dalam cerpen ini. Hipotenus lah yang kemudian membawa saya memahami tujuan Sungging menggunakan nama Oxymora untuk wataknya yang lahir separuh iblis dan separuh manusia. Oxymora di sini adalah suatu sifat pertentangan yang ada dalam sesuatu. Kalau dalam bahasa Inggeris, yang selalu kita dengar seperti 'bitter sweet'. Jadi dalam cerpen ini, Oxymora adalah 'iblis manusia' atau 'manusia iblis'; pembaca akan ditinggalkan untuk sendiri mencari jawapan Oxymora memilih menjadi yang mana antara kedua-duanya.
Bacaan penuh boleh klik pautan berikut: